Thursday, November 3, 2011

Emas/Perak disebut di dalam Al Quran


‘Dan di antara ahli kitab (iaitu Taurat), ada orang yang kalau engkau amanahkan (oleh seorang dari kaum Yahudi juga) dia menyimpan sejumlah besar harta (Qintar-timbunan harta dalam bentuk wang seperti timbunan syiling emas) sekalipun dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar (sesyiling emas) pun, dia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan : tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang Ummi (seseorang yang bukan dari kaum yahudi) dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).’
(Al-Quran, Surah Ali Imran, 3:75)
‘Dan (setelah berlaku perundingan ) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa Dirham sahaja bilangannya, dan mereka adalah orang-orang yang tidak menghargainya.’
(Al-Quran, Surah Yusuf, 12:20)
‘Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-anak, dari emas dan perak (iaitu timbunan Dinar dan Dirham), kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)’
(Al-Quran, Surah Ali Imran, 3:14)
‘Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka emas sepenuh bumi, walaupun dia menebus diri (dengan emas yang sebanyak itu- iaitu sebanyak wang yang melaluinya hendak ditebus dirinya). Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun.’
(Al-Quran, Surah Ali Imran, 3:91)
‘Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama(Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya (ini tentu jelas dalam konteks penggunaan emas dan perak sebagai wang) pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.:
 (Al-Quran, Surah At-Taubah, 9:34)
"Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu (dalam kekufuran), nescaya kami jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, bumbung rumah-rumah mereka dari Perak dan tangga-tangga yang mereka naik-turun dari di atasnya (dari Perak juga) dan kerusi-kerusi panjang mereka berbaring di atasnya (dari Perak juga). Serta perbagai barang perhiasan (keemasan) dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum TuhanMu adalah khas bagi orang-orang yang bertaqwa."
(Al-Quran, Az-Zukhruf, 43:33-35)
"Dan jika kamu hendak mengambil isteri (baru) menggantikan isteri (lama yang kamu ceraikan) sedangkan kamu telah memberikan kepada seseorang di antaranya (isteri yang diceraikan itu) harta (Qintar-iaitu terdiri dari wang emas dan perak) yang banyak, maka janganlah kamu mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan (yang menyebabkan dosa yang nyata?"
(Al-Quran, An-Nisaa, 4:20)
‘Mereka di dalam syurga memakai pakaian hijau yang dibuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci’.
(Al-Quran, Al-Insaan, 76:21)
‘Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata dan (dikatakan kepada mereka): Kamu adalah tetap kekal di dalamnya.’
(Al-Quran, Az Zukhruf, 43:71)
‘(Kalau betul dia seorang Rasul) ‘Maka sepatutnya dia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan dia seorang pemimpin atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?.’
(Al-Quran, Surah Az Zukhruf, 43:71)
‘(Balasan mereka ialah) Syurga-syurga ‘Adn’, yang mereka akan masukinya, mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera.’
(Al-Quran, Surah Faathir, 35:33)
‘Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka di situ dari sutera’.
(Al-Quran, Surah Al Hajj, 2:23)
‘Mereka itu, disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian hijau dan sutera yang nipis dan sutera yang tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.’
(Al-Quran, Al Kahfi, 18:31)
Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang kami dapat membacanya. Katakanlah (wahai Muhammad): Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?’
(Al-Quran, Surah Al Israa’, 17:93)

Wednesday, November 2, 2011

Pengalaman beli emas...

Aku start terjebak beli emas ni bila sorang member lama citer pasal benda ni pada Oktober 2010. Lepas dengar dia citer, aku pun on utk beli 10gm PG yg dia cadangkan. Lps tu dia ajak minum, masa tu dia tunjuk plak 1 Dinar PG - aku pun angkat la sekeping. Saje je nak try...






Tak lama pastu, aku try la pajak kat Agro Klang - saje nak test market. Dapat duit aku top up & beli lagi 10gm PG... lps 4 bulan aku tebus balik 10gm PG aku yg mula2 tadi


Bayangkan masa aku beli dulu - harga baru mcm ni...




5 thn lagi...10 thn lagi... 
Cuba tengok graf 5 thn & 10 thn lepas kat bawah ni...




Skrg komitmen aku: setiap bulan mesti nak beli at least 1 Dinar - apa brand pun takpe...
Bulan Feb 2012 - aku nak bayar zakat. Cukup haul & nisab dah masa tu...semoga dipermudahkan... InsyAllah...


Skrg ni pun masih proses belajar pasal emas ni...ingat nak dengar ceramah yg tiap2 minggu diaorg buat kat Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara...

Tuesday, November 1, 2011

Kenapa Emas Fizikal?

10 Sebab Kenapa Perlu Melabur Emas Fizikal


1) Tiada pelaburan emas yang menawarkan harga pasaran sebenar emas.
2) Emas sering diperkatakan setiap hari.
3) Pelaburan emas adalah selamat.
4) Tiada sebarang krisis kewangan berlaku terutama penukaran wang US Dolar.
5) Emas didagangkan mengikut pasaran antarabangsa.
6) Pasaran emas adalah terkawal tanpa memperdulikan masalah politik semasa, peperangan mahupun bencana alam.
7) Tiada kerugian yang melampau seperti pasaran saham atau bon.
8) Emas adalah pelaburan yang boleh mengelakkan inflasi berlaku.
9) Emas sentiasa diminta hingga menyebabkan pemintaan yang tinggi.
10) Emas sudah diperakui sejak turun temurun lagi.

Dinar - Matawang Islam


Berikut adalah antara kelebihan dinar:

1. Matawang syariah

2. Diungkapkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadith
3. Digunakan sejak 2500 tahun
4. Dikenali oleh semua orang
5. Sangat bernilai
6. Sedikit tapi bernilai
7. Nilai yang sebenar
8. Nilainya stabil
9. Mudah dicairkan
10. Lambang kekayaan sebenar
11. Melindungi kekayaan
12. Tidak boleh dimonopoli
13. Menghapuskan riba
14. Menghapuskan kemiskinan
15. Menghapuskan spekulasi dan manipulasi
16. Menghapuskan risiko pertukaran matawang
17. Nilainya bukan hutang
18. Menyelesaikan krisis ekonomi
19. Memberikan keadilan kepada masyarakat
20. Mengurangkan masalah sosial seperti jenayah
21. Merapatkan jurang antara kaya dan miskin

Wednesday, October 27, 2010

Graf harga emas di pasaran dunia

Tips: Simpan emas sekurang-kurang 6 bulan.
Dalam tempoh tersebut, boleh pajak di Ar-Rahnu Agro Bank

call/sms/email
+6012-3161822



Thursday, October 21, 2010

Emas Gold

Invest in Gold Bullion or Dinar
Return 20-30% per year

999 24 karat
916 22 karat



call / sms / email:
+6012-3161822